Thursday, December 08, 2011

Hanya kerana Sekali Itu


Hidup ni susah dijangka
Kadang kadang perkara mustahil boleh jadi sebaliknya
Bila kita tengok langit cerah, jangan sangka hujan takkan turun
Bila langit mendung dan hujan mulai turun, jangan sangka takkan ada cahaya matahari yang akan menerangi di balik mendung itu.

Begitu juga kehidupan
Bila kita bergembira, jangan sangka airmata sedih takkan menitis
Bila kita bahagia, jangan sangka kita takkan ditinggalkan
Dan bila airmata mengalir tanpa henti, jangan sangka senyuman takkan meniti lagi di wajah kita
Kerana segalanya seperti roda yang berputar
Setiap saat sedih akan datang saat gembiranya
Setiap kekecewaan akan hadir kejayaannya
Hanya…
Kita perlu menghadapinya dengan penuh keredhaan dan sabar.

Cumanya..
Aku bukan insan yang sekuat kata kata itu,
Aku tak setabah bicaraku di atas.
Memang. ..
Setiap kali aku jatuh, aku mampu untuk bangkit kembali,
Setiap kali dilanda kecewa, aku tahu akan ada lagi keserian cahaya di dalam hidup aku,
Hinggalah saat aku ditinggalkan itu,
Cukup hanya sekali itu,segala diri aku yang kuat itu hilang begitu sahaja,
Dan sehingga ke hari ini,
Aku tak pernah mampu bangun lagi dari kejatuhan aku,
Aku tak pernah mampu tersenyum di setiap kali ujian yang datang dalam hidup aku,
Semuanya kerana kerana pengalaman itu..
Hanya kerana sekali itu…….

No comments: