Saturday, April 30, 2011

::nukilanku buat sahabat::

Memori Antara Kita

Di luar ku lihat hujan mengalir laju
Ku terasa seakan airmata ini semakin deras
Hati ku kian menangis,kian meruntun
Kerna aku terlalu sayu menghantar kau pergi

Kita bertemu semusim yang lalu
Kau,aku,dia dan dia bertemu di sini
Di suatu tempat yang pada mulanya sangat asing bagi kita
Siapa kau,siapa aku dan siapa dia,kita saling tak mengenali

Menjalani minggu yang sangat perit itu
Takkan kita lupakan
Kerana di situ lah kita mulai membina sebuah persahabatan yang tulus
Yang ikhlas,yang jujur,dan sejati

Hari kian berlalu
Bulan kian berganti
Meninggalkan kita jauh di alam persahabatan ini
Alam yang terlalu penuh suka dan duka
Alam yang diuji seribu dugaan
Namun kita?
Kita tetap menghadapi dengan penuh senyuman
Dengan seribu kesabaran
Kerana adat persahabatan yang sejati,akan dilanda dugaan yang tak kenal erti jemu

Pernah aku diserang sakit,
Pernah dia ditinggal kekasih,
Pernah dia kecewa di dalam pelajaran
Pernah dia ditampar seribu halangan
Dan kita? Kita tetap bersama menghadapinya
Membantu sesama sendiri untuk bangkit dari luka semalam


Dalam menghadapi peperangan di medan ilmu
Kita semakin terlupa bahawa masa begitu rakus mengejar kita
Dan tanpa kita sedari sebenarnya saat untuk kita berpisah telah terlalu hampir dengan kita
Dan aku…aku sudah mulai merasa sayu cuma aku tidak berani untuk mempamerkan perasaan itu
Kerana aku malu untuk berasa begitu



Dalam kita takut menghadapi perpisahan itu
Ianya tetap datang dan inilah buktinya
Di sini lah aku memotretkan kenangan kita
Kerana aku tidak mahu siapa pun antara kita
Melupakan persahabatan murni ini
Yang telah terbina atas dasar kasih sayang
Tanpa mengira apa jua status kehidupan kita

Teman..
Mengenali kalian merupakan sebuah anugerah terindah
Kerana kalian lah insan yang mula mula aku kenali di fasa hidup yang baru ini
Dan aku tidak mahu perpisahan sementara kita ini menjadi suatu perpisahan azali
Kerana sesungguhnya bumi Allah yang luas ini kadang kala boleh menjadi kecil
Hingga akan mempertemukan kita semula
Di saat saat yang mungkin tak kita jangkakan

Teman..
Berjuang lah sehabis baik dalam medan peperangan yang telah kita mulakan
Akhirinya dengan kejayaan beserta seribu kemanisan

Teman..
Perpisahan telah pun tiba antara kita
Aku tahu kita saling menangisi perpisahan yang tak kita pinta ini
Namun apa daya kita teman
Ini lah yang harus kita hadapi
Jadikan perpisahan ini sebagai penguat buat kita semua dalam mengharungi kehidupan


Teman…
Jika antara kita pernah ada yang terguris hati
Jika antara kita pernah terlebih gurauannya
Jika antara kita pernah bermusuh mahupun berdendam
Aku mohon agar kita saling memaafkan
Kerana semua itulah sebenarnya adat persahabatan..

Sayu hati ini untuk melepaskan kenangan manis kita
Hari hari ku pastinya akan sunyi tanpa telatah kalian lagi
Namun kita pasti nya akan bersua lagi walaupun tidak seperti selalu
Ku mohon moga kemesraan antara kita masih terpelihara

Tapi..andainya ajal memisahkan kita berempat

Janganlah kita lupa untuk saling mendoakan dan menziarahi satu sama lain

Terima kasih sahabat sahabat ku sekalian
Di atas segala memori indah yang telah kita ciptakan
Berdoalah selalu pada Tuhan moga kita sentiasa punyai kesempatan
Dalam mengatur pertemuan dan mencipta berjuta lagi kenangan..

Khas dicipta untuk sahabat-sahabat ku yang tersayang!
Nor Rasyada bt Rosli, Nur Aina bt Mohd Ramlan dan Farah Izzati bt Mat Ali

No comments: